Saturday, February 18, 2012

Tahniah Atas Kejayaan Kelab Nadwatul Qurra’ Menjayakan Program



Bismillahirahmanirahim….

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulilah, syukur kita panjatkan ke atas ilahi, kerana di beri ruang dan peluang untuk bertemu dalam lembaran coretan di dalam blog kali ini. Untuk makluman sidang pembaca blog yang ana kasihi sekalian, baru-baru ini satu kelab telah pun di tubuhkan di KIAS. Kalau sebelum ini, kita sering sahaja mendengar Kelab Nadi Lughah, Kelab Nadi Syariah, Kelab Kemada, Kelab Nadi Baqa’ dan Kelab Imam Nawawi. Namun pada awal bulan Januari baru-baru ini satu Kelab bawah Jabatan Al-Quran Dan Hadis telah ditubuhkan dan telah di beri nama NADWATUL QURRA’. Kelab ini merupakan gabungan dua Jabatan Diploma iaitu Diploma Qiraat Taranum dan juga Diploma Tahfiz.

Untuk Makluman Sidang pembaca blog yang ana muliakan,

Dua Jabatan diploma ini baru sahaja ditubuhkan di KIAS iaitu semasa ambilan Mahasiswa Jun 2010/2011. Dan tidak smpai dua tahun usia Jabatan ini berada di Bumi KIAS telah wujudnya Satu Kelab yang dikelolakan sepenuhnya Mahasiswa/wi antara dua Jabatan tersebut. Dan ALhamdulilah, tidak sampai pun sebulan Kelab ini ditubuhkan, Mereka telah Berjaya Mengorganisasikan 2 Program dalam waktu yang sama, namun tempat yang berbeza.

Sebelum ana pergi lebih panjang lagi, ana selaku admin blog serta pimpinan PMKIAS 2012/2013 mengucapkan Tahniah atas kecemerlangan dan keberanian yang ditunjukkan oleh Mahasiswa/wi dari Kelab Nadwatul Qurra’ untuk mengorganisasikan program walupun kita tahu mereka ini baru sahaja ditubuhkan. Namun atas keberanian dan kerjasama mereka yang jitu, mereka akhirnya Berjaya dalam kedua-dua program yang mereka anjurkan.

Seperti yang kita maklum, pada 17hb dan 18hb Febuari baru-baru ini Kelab Nadwatul Qurra’ akan menganjurkan satu seminar yang berjudul Seminar Fahami Bacaan Dalam Solat. Program ini atas kerjasama dengan Pusat Kursus Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (PKPII KIAS). Program ini telah diadakan selama dua hari. Yuran telah di kenakan kepada peserta sebanyak RM70 bagi peserta luar KIAS dan RM40 bagi Mahasiswa KIAS.

Ana di maklumkan oleh salah seorang AJK Pelaksana Program, peserta yang datang melebihi daripada target sebenarnya, iaitu seramai 200 orang peserta telah datang ke Program ini selama dua hari mereka di KIAS. Tambahan pula, kejayaan buat Kelab Nadwatul Qurra’ kerana peserta-peserta yang datang bukan dari golongan bawahan sahaja malahan dari pelbagai golongan dan majoritinya berpendidikan tinggi. Kalau kita lihat selama dua hari iaitu Jumaat dan Sabtu baru-baru ini KIAS penuh dengan Kereta-kereta yang parking sekitar kawasan MKL, perkarangan KIAS untuk menghadiri program ini. Tahniah dari Pihak PMKIAS kami ucapkan.

Program ini bermula dari jam 8.00am hinggalah jam 5.00pm. dan berehat sebanyak 3 Kali. Iaitu pertama minum pagi, makan tengah hari, dan minum petang. Tambahan pula, pembentang ataupun penceramah yang di jemput juga bukan calang-calang orang, merupakan salah seorang yang hebat dalam bidang ini. Beliau ialah Al-Fadhil Ustaz Zulkiflee Bachek yang merupakan Pengarah At-Tartil Consultancy & Services Singapura. Selain itu, pihak admin juga dimaklumkan peserta-peserta tidak berasa bosan dan mudah memahami setiap apa yang di ajarkan dalam program ini kerana program ini bukan hanya focus kepada ceramah semata-mata namun diselitkan dengan praktikal sekali. Ini memudahkan dari segi penyampaian ilmu itu terus kepada para peserta. Selain itu, pelbagai aktiviti yang telah disusun oleh Nadwatul Qurra’ di sepanjang Program ini diadakan. Tahniah Sekali Lagi.

Buat Mahasiswa, InsyAllah Program ini merupakan siri pertama dan akan datang akan diadakan siri yang kedua yang akan dijangka pada bulan MAC akan datang. Insyallah. Mudah-mudahan para Mahasiswa/wi KIAS dapat menyertai Seminar ini bagi sama-sama untuk menambah ilmu dalam memahami lagi bacaan dalam solat agar selepas ini kita boleh bertambah kusyuk di dalam menunaikan ibadah solat. InsyAllah.

Seterusnya, pada waktu yang sama namun tempat yang berbeza sepanjang 16hb-18hb februari, Kem HUFFAZ telah diadakan bawah Hal Ehwal Pelajar yang dikelolakan sepenuhnya Mahasiswa/wi Kelab Nadwatul Qurra’. Kalau Seminar Fahami Bacaan Dalam Solat tadi telah di handle sepenuhnya Mahasiswa Diploma Qiraat Taranum, manakala KEM HUFFAZ ini telah di handle sepenuhnya oleh Diploma Tahfiz di bantu oleh beberapa Mahasiswa/wi dari Jabatan lain.

Kem HUFFAZ ini sebenarnya salah satu program khusus untuk mahasiswa/wi Tahun satu, yang bertujuan memberi pendedahan kepada Mahasiswa/wi tentang cara mudah menghafal Al-Quran disamping memahami kenapa Al-Quran ini penting di dalam kehidupan seharian seorang muslim. Lebih-lebih lagi, Kita merupakan Mahasiswa/wi yang mengambil bidang agama, menjadi satu kewajiban bagi kita mendalami ilmu Al-Quran sebagai bekalan kita sebaik sahaja keluar daripada KIAS. Itulah kenapa Pihak Pentadbiran KIAS mewajibkan agar mahasiswa/wi KIAS menghafal 6 juzuk, di mana setiap semester mesti hafal satu juzuk yang bertujuan mengeluarkan Produk-produk Kias yang bukan sahaja tahu dalam sesuatu ilmu bahkan mudah untuk mengeluarkan dalil-dali berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

Program Huffaz ini telah diadakan selama 3 hari, di Melawi, Bachok. Pihak Admin di maklumkan kem kali ini merupakan kem yang paling ramai selama kem ini diadakan sebelum-sebelum ini. Hal ini disebabkan, mengikut kebiasaan seramai 100 orang sahaja akan terpilih, Akan tetapi bagi kali ini seramai 160 orang mahasiswa/wi telah menghadiri kem ini. Ini merupakan satu jumlah yang ramai sepanjang Kem Huffaz ini diadakan. Walau bagaimanapun, dari pihak Pimpinan PMKIAS kami mengucapkan mabruk alaikum atas komitmen serta gerak kerja antum dalam menjayakan dua program ini.

Sebelum tangan berhenti menulis, Syafakillah Kami Ucapkan kepada dua Mahasiswi Diploma Qiraat Taranum kerana kemalangan pada pagi tadi. Iaitu Al-Ukht Rumaisa’ dan Al-Ukht Nik Nur Habsyah. Insyallah Pimpinan Di kalangan Muslimat akan pergi melawat dua orang mahasiswi ini bagi melihat kondisi mereka bagaimana. Dari kami pihak pimpinan memohon maaf kerana lewat menerima berita berkenaan kemalangan ini. Namun demikian, Syukran kepada Al-Akh Amir dan juga Al-Akh Fareez Kadzim kerana memberitahu tentang kemalangan tersebut. Kami doakan agar keadaan dua orang Mahasiswi tersebut tidaklah teruk dan berada dalam keadaan baik.

Akhir sekali dari pihak admin, semoga ahli-ahli Nadwatul Qurra’ terus ISTIQAMAH dalam gerak kerja mereka dan kami doakan agar Kelab Nadwatul Qurra’ akan mara dan terus mara seiring dengan Kelab-Kelab mahasiswa/wi yang sedia ada di KIAS. Kami pimpinan PMKIAS baru bagi sesi 2012/2013, tidak menghalang mana-mana Kelab Mahasiswa/wi mengadakan program asalkan tidak bertentangan dengan hukum Syarak.Tahniah buat sekian kalinya lagi buat Diploma Tahfiz dan Diploma Qiraat Taranum kami ucapkan atas kejayaan antum dalam menjayakan program yang antum anjurkan. Moga-moga selepas ini pihak antum bolehlah membantu PMKIAS dalam mengadakan program yang PMKIAS anjurkan.

Rasanya itu sahaja daripada admin blog ini, doakan semuanya Berjaya dalam setiap gerak kerja yang kita laksanakan. Pihak admin mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan silap di sepanjang penulisan di atas, sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan buruk itu datangnya daripada pihak admin sendiri.

Wallahualam,

Wabillahi taufik walhidayah

Wassalamualaikum W.B.T

No comments:

Post a Comment

.:PMKIAS:.

.:PMKIAS:.