Friday, February 17, 2012

Suasana Muktamar Sanawi PMKIAS kali Ke-16

Bismillahirahmannirahim

Alhamdulilah akhirnya Muktamar Sanawi PMKIAS kali ke-16 telah pun berlangsung pada 13 Februari 2012 dengan jayanya. Ini semua atas berkat usaha Ajk Pelaksana Muktamar serta Sidang Perwakilan Muktamar sekalian. Segala jasa baik antum dan antunna sekalian semoga mendapat nilaian serta balasan pahala di sisi Allah S.W.T. Pihak Admin Blog ini mengucapkan Jutaan terima kasih buat seluruh mahasiswa KIAS yang sudi datang bagi memeriahkan lagi majlis Muktamar Sanawi Kali-16 yang berlangsung baru-baru ini.

Dengan berakhirnya Muktamar Sanawi PMKIAS ini, maka Tampuk Pimpinan PMKIAS buat sesi 2011/2012 secara rasminya melabuhkan tirainya. Mudah-mudahan kita doakan agar Bakal Pimpinan PMKIAS yang baru akan membuat lebih baik daripada pimpinan yang lepas. Hal ini disebabkan pada 15hb Febuari 2012 kita akan menentukan siapakah bakal Pimpinan PMKIAS buat sesi 2012/2013 kerana berlakunya proses Pembuangan Undi pada Hari tersebut. Mohon semua Mahasiswa dapat sama-sama keluar mengundi dan memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk memimpin PMKIAS akan datang.

Di dalam coretan kali ini, sidang admin blog ini akan menceritakan suasana sepanjang perjalanan Muktamar Sanawi PMKIAS yang telah pun berlangsung baru-baru ini. Pihak Admin rasa terpanggil untuk menulis sedikit peristiwa berlaku sepanjang Muktamar berlangsung disebabkan ada dikalangan mahasiswa yang tidak hadir teringin sangat untuk mengetahui apa yang telah berlaku sepanjang berlangsungnya muktamar baru-baru ini. Oleh itu, atas tanggungjawab, pihak admin menunaikan permintaan mahasiswa tersebut. Moga-moga dengan sedikit coretan ini dapat menggambarkan perjalanan Muktamar yang telah pun berlangsung.

Sidang Pembaca yang admin muliakan,

Muktamar kali ini diadakan dua sesi, di mana sesi Pertama ialah sesi Perasmian yang telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Kias iaitu Datuk Dr. Johari bin Mat merangkap Senator negeri Kelantan, seterusnya sesi yang kedua ialah sesi Muktamar dan perbahasan Usul dan Cadangan..

Muktamar bermula pada tepat jam 9.15am ikut waktu tempatan, kalau di ikutkan waktu sebenar, program bermula pada jam 9.00am, ini berikutan dewan tidak lagi dipenuhi sepenuhnya oleh Mahasiswa Kias. Tepat pada jam 9.15am, sebaik sahaja program di mulakan, ketibaan dif-dif jemputan telah tiba di dalam dewan yang di iringi oleh KD Protokol dan juga barisan Syura Muslimin. Dengan Ketibaan Dif-dif jemputan serta Para Pensyarah, Majlis di mulakan dengan bacaan Ummul Kitab. Majlis pada pagi itu dikelolakan oleh Al-Akh Mohd Nasaruddin bin Ramli yang merupakan mahasiswa Diploma Bahasa Arab Tahun 2 Semester 4.

Seterusnya Muktamar di teruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dipimpin oleh Qari Jemputan iaitu Al-Akh Zainal Abidin, Diploma Usuluddin. Surah yang di baca pada pagi itu ialah surah At-Taubah ayat 38-45. Selesai sahaja bacaan Ayat suci Al-Quran tersebut, Majlis di teruskan dengan Ucapan Dasar Presiden PMKIAS sesi 2011/2012 iaitu Al-Akh Mohd Al-Ameen bin Asri. Selesai Ucapan Dasar Presiden, Majlis diteruskan dengan Ucapan Perasmian oleh Datuk Dr. Johari Bin Mat selaku Ketua Eksekutif KIAS. Selesai sahaja ucapan perasmian Oleh Datuk Dr. Johari Bin Mat tadi maka rasmilah sudah program Muktamar Sanawi PMKIAS kali-16.

Program dimeriahkan dengan Cabutan bertuah para pensyarah, di mana pihak penganjur menyediakan 5 Hamper untuk Cabutan Bertuah Para Pensyarah. Antara Pensyarah yang terpilih ialah Ust Rahim, Ust Sharu Ramadhan, Ustzh Fatimah dan Pn Rosnani Ripin di mana menerima 2 Hamper dan antara Pensyarah yang paling bertuah pada hari itu. Seterusnya Majlis diteruskan dengan tayangan Video Koprat yang memaparkan Aktiviti Sepanjang Kepimpinan PMKIAS sesi 2011/2012. Video ini telah disediakan khas oleh Mantan Timbalan Presiden PMKIAS sesi 2011/2012 iaitu Al-Akh Mior Mohd Faris bin Mior Abdul Rahman yang kini merupakan Pengerusi Umum JTK KIAS sesi 2012/2013 yang menggantikan Mantan Pengerusi Umum JTK KIAS sesi 2011/2012 iaitu Al-Akh Abdul Wafiy bin Sohaimi. Majlis pada sesi pertama di meriahkan lagi dengan cabutan bertuah mahasiswa, di mana pihak penganjur menyediakan 4 Hamper untuk Mahasiswa yang bertuah. Akhirnya 4 Hamper tersebut telah Berjaya diperolehi oleh Muslimin dan nampaknya muslimin lebih bertuah pada sesi pagi ini berbanding muslimat. Tidak mengapa, ini disebabkan pihak penganjur mengadakan 2 kali cabutan bertuah untuk mahasiswa, di mana sesi pagi serta sesi petang sewaktu sesi kedua Muktamar ini bermula.

Seterusnya Majlis sesi pertama di akhiri dengan penyampaian anugerah-anugerah Tokoh Mahasiswa dan Tokoh Mahasiswi. Antara kategori yang di nilai ialah Tokoh Mahasiswa/wi Akademik, Tokoh Mahasiswa/wi Mithali, Tokoh Mahasiswa/wi Sukan, Tokoh Mahasiswa/wi Khas, Tokoh Mahasiswi Surau Sakan Khadijah, Tokoh Mahasiswi Surau Sakan Aisyah dan Tokoh Mahasiswa MKL. Sebelum menyampaikan anugerah kepada para pemenang, penyampaian pertama didahului dengan menyampaikan Cenderahati buat Qari Jemputan iaitu Al-Akh Zainal Abidin atas kesudian hadir untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pembuka Majlis Muktamar kali ini. Untuk Makluman sidang pembaca Blog sekalian, antara Pemenang Anugerah Tersebut ialah :

Tokoh Mahasiswa/wi Akademik :

v Al-Akh Ahmad Zamharir bin Sulaiman

v Al-Ukht Shahadatul Akmal Bt Mohd Nor

Tokoh Mahasiswa/wi Mithali :

v Al Akh Mohd Hafidz Zawawi

v Al-Ukht Solehatul Akmal Bt Mohd Dahalan

Tokoh Mahasiswa/wi Sukan :

v Al-Akh Rosaly Yunorse

v Al-Ukht Siti Amirah Mohamad

Tokoh Mahasiswa/wi Khas

v Al-Akh Muhd Faisal bin Muhammad

v Al-Ukht Siti Nor Asmat Bt Wan Hassan

Tokoh Mahasiswa/wi MKL dan Surau

v Al-Akh Mohd Isa Bin Abdullah

v Al-Ukht Nor Azeianti Bt Jamaluddin

v Al-Ukht Nur Shakira Anuar.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Datuk Dr. Johari Bin Mat sendiri yang diiringi oleh Dr. Yaacob merangkap Pendaftar KIAS dan Al-Akh Mohd Al-Ameen bin Asri merangkap Presiden PMKIAS sesi 2011/2012. Dalam waktu yang sama, pihak penganjur juga telah menyediakan sebuah kitab sebagai cenderahati buat Perasmi Mukatamar kali ini yang disampaikan sendiri oleh Presiden PMKIAS 2011/2012. Untuk makluman penerima anugerah masing-masing mendapat plug/piala sebagai tanda penghargaan dari pihak penganjur. Kriteria Pemilihan Anugerah ini ialah berdasarkan keaktifan dan pretasi cemerlang yang ditunjukkan mahasiswa/wi itu sepanjang pemerintahan tampuk pimpinan PMKIAS sesi 2011/2012. Tahniah buat semua penerima anugerah, semoga antum dan antunna ISTIQAMAH dalam anugerah yang antum dan antunna perolehi. Kemudian bagi yang tidak mendapatnya, insyAllah Muktamar sesi 2012/2013 ada lagi.

Maka Majlis Sesi pertama pun berakhir dengan bacaan surah Al-Asr dan Tasbih Kafarah. Seterusnya dif-dif jemputan telah di bawa ke bilik Mesyuarat HEP untuk menjamu sedikit santapan yang telah disediakan oleh KD Persegaran Muktamar. Mahasiswa/wi pula terus kekal di dalam dewan bagi meneruskan Mukatamar bagi sesi kedua. Mahasiswa/wi juga telah diberikan masa rehat selama 15 minit sebelum bermulanya sesi kedua muktamar. Mahasiswa/wi juga disediakan makanan ringan dan air sebagai penghilang lapar di pagi hari.

Tepat jam 10.30am, Muktamar Sanawi PMKIAS kali ke-16 bermula. Majlis sesi kedua ini telah dikelola oleh Tuan Speaker Dewan iaitu Al-Akh Mohd Azri Bin Ripin yang merupakan Mahasiswa Diploma Usuluddin Tahun 2 Semester 4. Majlis bermula dengan menjemput sidang barisan perwakilan masuk kedalam dewan serta mengambil tempat duduk mereka masing-masing. Seterusnya Tuan Speaker dewan memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab. Bagi melicinkan perjalan Muktamar, Tuan Speaker Dewan telah meminta sidang muktamar untuk melantik 4 orang Pencatat Minit Mesyuarat di mana diperuntukkan 2 orang muslimat dan 2 orang muslimin. Seterusnya Tuan Speaker dewan Meminta agar Laporan Muktamar kali ke-15 Di sahkan. Maka telah berdiri AL-Akh Abdul Rahman Bin Lalete mencadangkan dan Al-Akh Mohd Hafidz Zawawi sebagai Penyokong.

Maka bermulalah Muktamar Sanawi PMKIAS kali ke-16. Muktamar di mulakan dengan perbahasan Ucapan Dasar Presiden PMKIAS, Laporan Setiausaha Agung dan Bendahari Agung PMKIAS. Alhamdulilah, muktamar kali ini talah mendapat respon banyak pihak, bukan sahaja di kalangan mahasiswa bahkan mahasiswi juga turut bangun bagi mengutarakan cadangan, kritikan, dan juga pandangan. Inilah sebenarnya yang kita mahu, di mana mahasiswa berani menyatakan kesalahan pimpinan secara berhadapan bukannya hanya tahu bercakap di belakang pimpinan, mengkritik sehingga lupa bahawa tidak semua manusia ini sempurna. Sepatutnya sebagai mahasiswa, harus mempunyai pemikiran intelektual yang tinggi serta mempunyai adab yang tinggi disebabkan kita merupakan mahasiswa dan mahasiswa ini merupakan orang yang terpelajar. Oleh itu janganlah kita menampakkan diri kita sebagai orang tidak terpelajar dengan budi pekerti serta tingkah laku kita yang menunjukkan kita bukan antara mahasiswa ataupun bukan antara orang terpelajar. Namun, hal kuli hal, Syukran Jazilan kami ucapkkan kepada mana-mana mahasiswa yang sudi turun serta membagi idea pandang yang bernas serta nasihat yang membina agar Pimpinan Akan Datang tidak melakukan kesilapan yang serupa.

Majlis pada sesi kedua terpaksa berhenti rehat bagi memberi ruang para muktamar serta sidang perwakilan berhenti rehat untuk menunaikan solat Fardhu Zohor dan juga Makan Tengah Hari. Mahasiswa/wi disediakan sebungkus nasi berlauk dan juga air sebagai santapan di waktu tengah hari. Kemudiann majlis di teruskan pada jam 2.30pm.

Tepat pada jam 2.30pm, Muktamar diteruskan dengan memanggil semula sidang perwakilan serta sidang muktamar mengambil tempat. Timbul sedikit kekecewaan disebabkan tidak ramai mahasiswa yang datang pada waktu petang itu tetapi sambutan menggalakkan dari kalangan mahasiswi di mana kedatangan yang datang melebihi 100 orang. Seterusnya, pada sesi petang ini, Tuan Speaker dewan meminta sidang perwakilan serta Muktamar membahaskan usul serta cadangan yang telah disediakan dalam buku Muktamar. Usul-usul dan cadangan ini akan diserahkan kepada bakal pimpinan bagi melaksanakannya. Untuk Makluman Sidang pembaca Blog, Antara Usul yang dicadangkan dan cadangan yang dicadangkan ialah :

Usul :

v Meminda Perlembagaan PMKIAS (BAB LIMA: PEMILIHAN AHLI MAJLIS SYURA PMKIAS) perkara 15.2 jawatan yang dipertandingkan.

v Perjumpaan pimpinan bersama mahasiswa

v Kenderaan Kecemasan (Khas untuk PMKIAS)

v Meningkatkan kawalan di asrama dan rumah sewa

v Mewujudkan tempat rehat Muslimat

Cadangan :

v Mengistiharkan kawasan belajar mahasiswa

v Mewartakan kawasan laluan mahasiswa/wi

v Mengadakan Ujian Kelayakan masuk ke KIAS

v Menyediakan WIFI percuma dengan kawalan

Petang itu berlaku ketegangan sedikit di mana sidang muktamar membahaskan usul supaya PMKIAS akan datang disediakan sebuah kereta untuk kecemasan. Ada diantara sidang muktamar hendak menjadi usul ini diturunkan sebagai cadangan dan ada yang ingin kekalkan sebagai usul. Akhirnya Tuan Speaker dewan terpaksa mengadakan undian dari kalangan ahli muktamar yang hadir untuk menentukan keputusan sama ada terus kekal sebagai usul ataupun diturunkan sebagai cadangan. Begitulah seterusnya berlaku bagi perbahasan usul-usul yang lain. Akhirnya majlis selesai selepas sahaja Azan Asar Berkemundang di Masjid Kampung Laut. Akhir sekali, Tuan Speaker dewan meminta supaya sidang muktamar memilih seorang pencadang bagi mengesahkan Perbahasan Usul dan cadangan, Maka Tuan Presiden PMKIAS sesi 2011/2012 sendiri telah menjadi pencadang bagi mengesahkan Perbahasan Usul dan Cadangan diikuti Al-Akh Mohd Asirullah Bin Abdul Latif sebagai Penyokong.

Majlis seterusnya diserahkan kepada Pengerusi Majlis sesi pertama bagi menyampaikan Hamper-Hamper kepada para pemenang. Pihak penganjur telah menyediakan 15 Hamper pada waktu petang. Di mana seramai 9 orang mahasiswi dan 7 orang mahasiswa yang bertuah telah menerima hamper pada petang itu. Akhir sekali, majlis di tutup dengan tasbih kafarah dan bacaan Surah Al-Asr.

P/S : Dari pihak penganjur Muktamar serta barisan Pimpinan PMKIAS sesi 2011/2012 mengucapkan ribuan terima kasih buat semua mahasiswa/wi yang sudi hadir bagi menyerikan lagi Muktamar PMKIAS kali ini. Moga dengan kehadiran antum serta kritikan serta idea pandangan yang antum berikan dapat menjadi batu asas kepada pimpinan akan datang mencorakkan kepimpinan mereka bagi mengelak berulangnya kesilapan yang sama.

Seterusnya terima kasih juga kerana sudi membaca sedikit entry ataupun coretan di dalam blog ini. Mohon dengan serendah dirinya dari pihak admin Blog, sekiranya ada idea pandang bagi menambah baik pengurusan ataupun penulisan blog ataupun reka design blog ini, amat-amat di alu-alukan. Semoga, dengan kritikan membina serta idea-idea yang dikemukan dapat kita sama-sama memperbaiki kelemahan yang ada pada diri pimpinan dan juga diri kita sendiri.

Akhir sekali, sebagai penutup kata daripada pihak admin, sepanjang penulisan dari awal hingga akhir ini, ada yang mengguris hati, pihak admin susun jari memohon maaf sekiranya berlaku kekasaran bahasa dari sudut bahasa yang dilontarkan dalam penulisan admin, sesungguhnya tidak terniat untuk melukai mana-mana hati sidang pembaca sekalian. Sesungguhnya apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri penulis Admin sendiri. Moga-moga kita jumpa di Muktamar Sanawi PMKIAS akan datang.

Wallahualam.

Wabillahitaufik walhidayah,

Wassalamualaikum W.B.T

No comments:

Post a Comment

.:PMKIAS:.

.:PMKIAS:.