Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Syiah Makin Membara Syria Semakin Berdarah



Bismillahirahmanirahim…..
Alhamdulilah pada 29hb Februari 2012, Persatuan Mahasiswa Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (PMKIAS) telah mengadakan MUNAJAT PERDANA berkisarkan Syria yang semakin berdarah. Acara dimulakan sebaik sahaja selesai solat maghrib secara berjemaah di Masjid Kampung Laut (MKL). Program telah dimulakan dengan tayangan berdarah di Syria dan sesi Forum Munajat Perdana yang dihos kan oleh moderatornya iaitu Al-Akh Mohammad bin Che Othman, merangkap Timbalan Presiden PMKIAS sesi 2012/2013. Seterusnya panelis pada malam itu telah didatangkan khas jauh dari Machang dan Pasir Mas. Mereka ialah Al-Akh Mohd Hafidz Zawawi, merangkap Naib Presiden PMKIAS sesi 2012/2013, dan Al-Akh Mohd Ibnu Rusyd Bin Ahmad Syah, merangkap Mantan Bendahari Agong sesi 2010/2011.

Pelbagai Isu-isu telah dirungkai oleh kedua-dua panelis pada malam itu, begitu juga tidak kurang hebatnya Moderator pada malam itu yang sempat juga memberi sudut pandang berkenaan Isu Berdarah di Syria. Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar.... Bagi yang menjayakan program itu semalam, syukran jazilan.....











Sunday, February 12, 2012

MUKTAMAR SANAWI PMKIAS KE-16


Ayuh, bangkit wahai anak muda, mahasiswa.!!
Bersama kita corakkan masa hadapan.!!
Suarakan hak KITA, hak ANDA, hak SEMUA.!!

Jom, hangatkan MUKTAMAR TAHUNAN PMKIAS 2012!!
Tarikh : 13 Februari 2012,
Hari : Isnin,
Tempat: Dewan Utama KIAS,
Masa : 8.30 pagi.

Gunakan peluang ini:

>Muhasabah pimpinan, islah kelemahan
>Menyatakan pendapat dan pandangan
>Membahaskan usul, mencadangkan pembaharuan
>Mempertahankan hak kita, hak semua!!


Masa depan PMKIAS dan ummah di tangan kita!

Hidup! Hidup! Mahasiswa..!!

"Kemantapan Tarbiah Bertunjangkan Al-Quran Pemangkin Keizzahan Mahasiswa Islam"

By Mohd Nasaruddin Ramli

(KD Publisiti)

Friday, August 20, 2010

Gegar Hari Terbuka Kias 2010( HITEK 10)





Kota Bharu, 30Julai: Terpahat satu sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh warga KIAS dan masyarakat sekitarnya apabila Persatuan Mahasiswa Kias sesi 2010 (PMKIAS 10) dengan kerjasama pihak pentadbiran KIAS julung kalinya telah mengadakan Hari Terbuka Kias 2010 (HITEK 10) dengan jayanya yang bersempena dengan majlis konvokesyen mahasiswa dan mahasiswi yang telah tamat pengajiannya di bumi KIAS. Hari terbuka ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohamad Bin Daud yang merupakan Pengerusi Kias Darul Naim Sdn. Bhd pada hari kedua HITEK 10 berlangsung. Hari Terbuka Kias 2010 yang diadakan selama lima hari itu telah digegarkan dan dimeriahkan oleh pelbagai acara dan pertandingan menarik seperti pertandingan bola sepak antara IPT Kelantan, pertandingan bola tampar,pertandingan pingpong,badminton,pertandingan nasyid peringkat sekolah,hafazan ,tilawah dan sukan rakyat seperti acara tarik tali,teropoh gergasi, boxing batang pinang dan juga tidak ketinggalan kepada anak-anak kecil dipertandingkan mencari si cilik pintar,bercerita,nasyid kanak-kanak,rebut coklat,rebut kerusi dan macam-macam lagi acara lain yang turut dipertandingkan. Berbagai-bagai gerai pameran telah turut serta dalam menjayakan HITEK 10 antaranya gerai pameran Misi Cakno Palestin, pameran halal oleh JAHEIK , pameran kelab-kelab jabatan seperti Nadi Al-Syariah (NAS), Kelab Falak Syar’ie dan banyak lagi. Tidak lupa juga kepada penggerai-penggerai sentiasa sibuk melayan pembeli dengan kerenah dan gelagat masing-masing. Pengisian-pengisian ceramah yang menarik turut diselitkan pada sebelah malamnya antaranya ceramah Ibubapa Moden, Diskusi Pengurusan Cinta dan Falak Syar’ie yang menampilkan penceramah yang berpengalaman dan berbakat. Malam kemuncak HITEK 10 diserikan dengan konsert amal palestin bersama “Abah” dan artis jemputan iaitu saudara Mu’adz Zulkifli dengan lagunya yang bersemangat membangkitkan jiwa-jiwa supaya sensitif terhadap isu palestin , sajak palestin ,pantomen. Sekalung tahniah dan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak mencurahkan segala usaha dalam merealisasikan berjayanya hari terbuka tersebut. “MAHASISWA ISLAM PENCETUS TRANSFORMASI MASYARAKAT”

Saturday, July 10, 2010

Duta-duta Kecil PMKIAS Terus Mara

TANAH MERAH: Hujung minggu ini menyaksikan pergerakan barisan fasilitator terus bergerak rancak. Pada 8 & 9 Julai kali ini para fasilitator bahawa naugan PMKIAS telah dijemput ke program Kem Kecemerlangan Pendidikan Solat 2010 di Sek. Ren. Ugama (A) Darul Ulum, Padang Siam, Tanah Merah, Kelantan anjuran Halaqah Dakwah Tanah Merah. Para fasilitator yang pernah disifatkan oleh Presiden PMKIAS sebagai duta-duta kecil PMKIAS bahkan juga turut membawa nama KIAS sebenarnya telah bergerak aktif sejak awal tahun lalu lagi yang mencakupi pelbagai jenis jemputan sekolah antaranya SMU(A) Yaakubiah Nipah, SMKA Tanggok, dan banyak lagi hatta melangkaui sempadan negeri Kelantan yang diletakkan seliaannya di bawah Kelab Fasilitator dengan pemantauan Lajnah Penerangan & Perhubungan Luar PMKIAS yang kini Pengerusinya ialah Al-Akh Nik Muhammad Nik Par.

Pengerusi Lajnah Penerangan & Perhubungan Luar (PHL)

Sebahagian fasilitator bergambar bersama Ust Azmi (S/U Dakwah Halaqah Tanah Merah)


Tuesday, June 29, 2010

SMEXA'10 Memacu Kecemerlangan

Kota Bharu: Student Motivation And Excellent Award 2010 (SMEXA'10) di bawah seliaan lajnah Akademik & Penerbitan (AKP) PMKIAS telah berjaya melakar rentak sejarahnya tersendiri. Program yang bermula seawal pukul 10.30 pagi itu dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Sdr. Amin Idris itu telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para peserta KIAS dan beberapa buah IPTS lain sekitar negeri Kelantan. YBrs Dr. Idris bin Awang, Timb. Ketua Eksekutif KIAS telah merasmikan majlis tersebut dan seterusnya menyampaikan anugerah kepada kira-kira 53 mahasiswa terpilih. Program yang berlangsung pada 28 Jun 2010 itu turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan dan para pensyarah KIAS sendiri.

Monday, June 21, 2010

PMKIAS Hantar Sukarelawan ke Pesta Buku Islam Antarabangsa 2010

Kota Bharu: Persatuan Mahasiswa KIAS (PMKIAS) telah menghantar sekurang-kurangnya 3 orang sukarelawan bagi membantu melicinkan tugasan di Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan Kedua yang bertempat di Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu Kelantan. Sukarelawan yang dihantar adalah bertugas di bawah nama Alfa Event & Entertaiment Sdn Bhd yang merupakan salah satu daripada 3 penaja program tersebut. Pesta buku tersebut dijadualkan bermula 18 Jun 2010 dan dijangka tamat pada petang 22 Jun 2010. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Dr. Fadzli yang merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan. Pelbagai bentuk aktiviti telah diaturkan pihak penganjur bagi memeriahkan lagi pesta buku tersebut.





Saturday, June 19, 2010

MUI'10 Mengangkasakan Ukhwah Islamiah

Kota Bharu: Minggu Ukhwah Islamiah 2010 (MUI'10) bersempena menyambut kehadiran mahasiswa KIAS yang baru telah berlangsung dengan jayanya selama 4 hari bermula 13 Jun hingga 16 Jun 2010. Persediaan awal seminggu sebelum itu menzahirkan kesungguhan pimpinan PMKIAS bersiap sedia untuk menerima ahli keluarga baru KIAS.
MUI'10 ini telah dilengkapkan dengan pelbagai slot yang penting sebagai asas panduan kepada mahasiswa bagi memudahkan segala urusan mereka sepanjang tempoh pengajian mereka di KIAS. Antara slot tambahan yang menarik ialah Ceramah Palestin yang disampaikan oleh Sheikh Mukmin daripada Palestin hasil kerjasama dengan Misi Cakna Palestin. Turut diadakan adalah Ceramah AADK, Forum dan banyak lagi. MUI kali ini juga menyaksikan kehadiran hampir 300 orang penuntut baru yang hadir dari pelbagai negeri dan negara.



Friday, June 4, 2010

Presiden PMKIAS Mengetuai GIMIK

20 Mac 2010 yang lalu menyaksikan penubuhan Gabungan Ikhwah Mahasiswa Islam Kelantan (GIMIK) yang terhasil daripada program Kem Kepimpinan Mahasiswa Islam Kelantan 2010 (KAMIE'10) yang bertempat di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Al-Akh Khairul Anam Razali selaku Presiden PMKIAS telah diberi penghormatan untuk mengetuai GIMIK ini yang turut dibantu pimpinan-pimpinan lain-lain IPT. Ulasan berkaitan program tersebut serta penubuhan GIMIK boleh dirujuk DI SINI dan DI SINI.

Rehlah Ruhul Jadid 2010 (RUH`10)

Telah diadakan pada 13 hingga 15 Mei 2010 di Gelora Beach Resort, Bachok, Kelantan.



































.:PMKIAS:.

.:PMKIAS:.